Mejar (Amerika Syarikat)
Mejar (Amerika Syarikat)

Mejar (Amerika Syarikat)


Shoulder board MejarDi dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Kor Marin, Tentera Udara dan Tentera Angkasa , Mejar adalah pangkat pegawai medan yang berada di atas kapten dan di bawah leftenan kolonel. Ia setaraf dengan pangkat leftenan komander tentera laut dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat yang lain. Walaupun leftenan komander dianggap sebagai pegawai rendah mengikut perkhidmatan mereka (Tentera Laut dan Pengawal Pantai), pangkat mejar ialah pegawai kanan dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat, dan Tentera Udara Amerika Syarikat.Gred gaji bagi pangkat major ialah O-4. Tanda pangkat major ialah daun oak emas, dengan sedikit perbezaan gaya antara versi Tentera Darat/Tentera Udara serta Kor Marin. Kenaikkan pangkat ke major dikawal oleh polisi Jabatan Pertahanan yang diperoleh dari Defense Officer Personnel Management Act tahun 1980.